Friday, May 27, 2011

Types of CD and some common terms

Flats (lampin tradisional)
Yg boleh beli dr mana2. Kena lipat2 sebelum pakaikan kat baby. Secure lampin pada baby pakai pin ataupun snappi .
Pros: senang dicari, murah, cepat kering
Cons: serapan x byk, kena ada liner utk stay dry effect pada baby, tidak kalis air



Prefolds
Ala2 flats, tp tak perlu lipat2 byk kali mcm flats. Segi empat jugak tp siap dijahit dgn bhgn tengah lebih tebal dr bhgn2 tepi. Kalau tgk ukuran 2x6x2, makna nye bhgn kiri & kanan ada 2 lapis, bhgn tengah ada 6 lapis. Ukuran2 lain yg available 4x6x4, 4x8x4. Still kena lipat jugak bile pakaikan pada baby tp lipatan nya lebih mudah. Secure pada baby pakai snappi. Org jarang pakai pin kalau guna prefold sbb lapisan2 nya lebih tebal bila dh pakaikan pada baby.
Pros: lebih mudah dipakai vs flats, serapan lebih byk vs flats
Cons: x senang dicari kat m’sia ni (very limited choices), mahal, lmbt kering, kena ada liner utk stay dry effect pada baby, tidak kalis air, diaper gemuk



Fitteds
Kalau flats/prefold kite kena lipat2 utk pakaikan pada baby, utk fitted kite x perlu buat apa2 langsung. Rupa fitted sama mcm poket diaper, cuma ia x ada lapisan kalis air. Fitted akan ada Velcro atau snap buttons, jd x perlu pin/snappi. Sesetgh fitted siap dgn stay dry inner so x perlu pakai liner.
Pros: mudah dipakai, serapan byk (bergantung kpd material & ketebalan), agak mudah dicari di m’sia
Cons: mahal, lmbt kering (lebih tebal lebih serapan, tp akan ambil masa yg lama utk kering), tidak kalis air



Covers
Rasa2 nya pretty self explanatory dh tu. Cover ni mmg cover sahaja. X bole la pakai cover sahaja tanpa isi. Cover ni kalis air jd nye sesuai utk dipakai dgn flats, prefold dan fitted.
*sbb x bole pakai cover one its own, pros and cons xde la ye.



AIOs (All-In-Ones)
Konsep sama mcm disposable diaper cuma x perlu buang. Insert dijahit terus pada CD. Inner bg stay dry effect pada baby.
Pros: sgt mudah dipakai, sesetgh AIO bole di customize dgn menyediakan poket jika pengguna nk tambah insert/booster utk tingkatkan daya serapan, x mahal sgt (depending on brands), agak mudah dicari di m’sia, kalis air
Cons: lmbt kering



AI2 (All -In-2s)
Konsep sama mcm AIO cuma insert berasingan dr badan CD, mcm poket diaper. Kalau poket diaper kite perlu masukkan insert ke dlm poket, tp AI2 kite hanya letakkan sahaja insert atas cover/outer. AI2 bole dikatakan tidak ada inner, sbb di bhgn paling atas insert tu sendiri akan dijahit material inner. Kalau guna AI2, KENA PASTIKAN insert nya adalah stay dry insert. Jgn sesekali ingat apa juga jenis insert bole dipakai dgn cover utk jdkan ia AI2 sbb selalunya kalau kite beli poket CD, mesti akan dpt insert. Insert yg slalu dpt tu adalah microfiber (MF) insert. MF material TIDAK BOLEH kena direct kat kulit baby. Kulit baby akan jd terlalu kering dan melecet. Kalau nk pakai MF insert bole cuma perlu lapik MF supaya MF x kena direct pada kulit baby. Cara yg paling selamat adalah guna insert sock. Kalau nk guna liner bole, tp liner slalunya akan gerak2. Bahaya kalau liner gerak2 dan then MF kena direct pada kulit baby. Jdnya elok la pakai stay dry insert, or MF insert+insert sock.
Pros: cepat kering, mudah dipakai, Jika baby hanya kencing, atau berak tp hanya kena pada insert sahaja, hanya perlu tukar insert sahaja setiap kali tukar diaper. Cover bole dipakai semula. **Seelok-elok nya tukar cover lain dulu. Yg dh pakai td biarkan kering kejap (air dry dlm rumah pun cukup sbb cover mmg cepat sgt kering). Bkn apa, kadang2 cover akan jd agak lembap/sejuk bila kena kencing. X basah, cuma lembap/sejuk je tau. Next round bila nk tukar diaper, pakai cover yg dh di air dry td. Cover yg pakai skarang ni bole di air dry pulak. Elok rotate 2 covers utk 1 hari. Tukar2/gilir2. Tp kalau dh xde cover sgt (cth nya hari hujan & cover2 lain tgh basuh) pakaikan je la cover yg sama. Kalau cover lembap/sejuk, bila kena suhu badan, kering la dlm bbrp minit. Xde effect sgt pun sbb bhgn yg berkemungkinan lembap/sejuk hanya kat area2 tertentu je.
Cons: x byk choices kat m’sia, agak mahal kalau yg btul2 effective, serapan x byk (bergantung kpd material insert) **AI2 jarang org pakai double insert sbb nnt diaper akan jd sgt gemuk. Kite tgk x selesa, baby pakai pun x selesa. Kalau nk serapan byk, kena pakai hemp insert (serap byk tp diaper x gemuk).



Pocket diapers
Paling byk dijual di m’sia and rasa2 nye x perlu nk terangkan lg psl poket diaper.
Pros: murah (depending on brand), byk kat m’sia, cepat kering, senang pakai, bole customize daya serapan
Cons: kena sumbat insert (sesetgh yg malas kata leceh)



Hybrid diapers
Ni kire dh xde jenis tertentu. Contohnye, cover pakai dgn disposable insert. Makna nye insert tu bole buang mcm disposable diapers. Tp cover bole pakai semula. Saya x nmpk logic kalau guna hybrid ni sbb sama je mcm pakai disposable. Ntah la kan. **Kalau cover pakai dgn reusable insert, itu dh kire AI2.



One-Size (OS)/Sized Diapers
Yg OS bole laras2, and bole pakai dr baby kecik smpi besar. Yg size tu ada size la. Kena beli S, M, L, XL... jimat lg kalau pakai OS tp kadang2 OS terlalu besar utk baby yg kecik/kurus2. **Semua jenis diaper (prefolds, fitteds, covers, AIOs, AI2s, poket, hybrid and sleeve) ada jenis yg OS or sized.

OS diaper


Sleeve Diapers
Ni ala2 poket diaper tp ada lubang to stuff insert kat bhgn atas & bwh. tgh2 mcm tunnel utk insert tu masuk. Tujuan nya utk mudahkan masa cuci. xyah sibuk2 nk keluarkan insert dr poket. campak terus masuk washing machine. bila both ends ada lubang, insert akan terkeluar sendiri. itu je beza nya dgn poket. Yg jenis ni brand Thirsties je pun yg keluarkan. Nk lain dr lain la konon. Another good thing about the middle tunnel, no microfleece kacau the leg gussets so they are really good at containing messes. 


No comments:

Post a Comment