Friday, July 8, 2011

Trip to Universal Studios Singapore

Kpd Pn. Aly Gelung Pepuyu... hahaha (lama x panggil ko nama ni), ni je la yg dpt aku post.

Kitorg pegi USS ni day trip je. x plan bermlm pun sbb tujuan pegi mmg nk ke USS shj. melawat Singapore in general... dh pernah dh sblm ni.

So bermula la kisah...
Pkl 4.30am, hari Isnin, 4 July 2011, mak kejut saya bgn tido. kalau ikut hati mmg xnk pegi dh sbb mlm sblm tu Izz buat ragam masa nk tido. punye la byk kali dia terjaga. dh terjaga melalak pulak. nk pujuk punye la lama. saya sgt la letih. nasib la pkl 5am Izz bgn. since dia dh bgn, ok la, bersiap la kitorg. Keluar rumah gerak ke LCCT pkl 6.15am (flight pkl 8.35am). Plan nk kluar pkl 6pm tp biasa la kan... Smpi LCCT dlm pkl 7am, terus ke kaunter check in. satu nye nk check in bibik & izz. kalau ada infant x bleh check in online. lg 1 sbb nk dptkan print out boarding pass utk yg lain2. dh buat check in online the day before but airasia sengal. dia email barcode utk boarding pass 1 org je. yg lg 6 org punye xde. mmg sengal. So dlm sibuk2 nk check in tu, tiba2 kitorg bau satu aroma yg agak kurang menyenangkan. Tiba2 mak sound "Izz berak ke?". Lalu saya terus la rapatkan hidung ke bontot Izz dan SAH IZZ BERAK! hahahaha. Alamak budak ni, dh la rushing nk check in, blm breakfast lg, dia lak gi berak. nk kena carik baby changing room ni. by the time selesai check in, bau izz sgt la harum semerbak. org lalu je terus bau. hahaha. dan yg lg lawak nye... maybe sbb diaper dh penuh dgn berak & kencing... siap bocor lg. mmg wangi gile la.

Last2 dpt la carik baby changing room, tukar diaper & seluar izz, basuh CD yg dh kena berak tu (uwek!!! hahahah) then tunggu utk board flight. x dpt breakfast proper pun. mak beli karipap je kat waiting area kat LCCT tu. alas perut dulu la. smpi singapore br breakfast proper. sbb huru hara dgn izz berak la bagai, sblm dlm flight xde saya ambik gambar pun. kamera org lain maybe ada la gambar sblm dlm flight. ramai yg berkamera that day.

dlm flight... semua ada except me & izz

me & izz tercampak jauh sikit. sbb tiket utk bibik & izz beli asing dr yg lain2. mula2 x plan pun nk bwk izz. last minit br decide nk bwk. sbb saya nk duduk dgn izz, bibik duduk kat blakang dgn yg lain2. w/pun time ni letih, xnk la bg bibik yg duduk dgn izz. he is my child and i'm not that old... xkan anak sendiri pun x larat jaga kan. dh la br sorg. kalau anak ramai tu maybe la kot. hehehe.

smpi je changi airport terus cari transport ke USS. cepat je dpt so x lama pun kat airport. kat USS kitorg separate jd 2 groups. me, izz, mak & bibik asing dr yg lain2. mak bg cash sikit kat diorg & suruh diorg gi main. kesian la plak kalau semua nk ikut dgn izz. sure x main apa la jwb nye. saya pun x kisah la sbb sejak dh dewasa ni (bkn tua ye. hehe), xde excited dh kalau stakat nk gi theme park. bosan ada la sbb ramai org, nk naik ride pun kena tunggu berzaman. so x kisah pun kena jaga izz je. first agenda kitorg lps dh separate, have proper breakfast. kitorg singgah kat bakery dekat dgn entrance USS. food sedap especially the mushroom soup.

ni lps semua dh mkn breakfast, including izz. bwk cerelac dr rumah so dpt la izz mkn. time ni pun dh almost noon. patut izz mkn lg awal tp dlm perjalanan susah la nk bg mkn. so minum susu je.

mcm x hepi je pakai cap. hehe. topi ni dh lama wan beli tp br ni ha muat izz pakai. dulu longgar yg amat.

ni wan punye keje. pakaikan terbalik pulak.

lps breakfast, kitorg pusing 1 round keliling all the individual parks entrance. Ya Allah punye la panas. peluh x ingat. sbb masa tu btul tghari kan. sbb panas izz pun xmau duduk stroller. nk berdukung je. x pernah izz kluar peluh jantan mcm kat USS. kesian dia. lencun. sbb kesian izz... dan jugak tukang2 dukung izz, decide masuk baby center la. mak kata ada aircond. elok gak la utk izz. bole dia rehat. plus nk tukar diaper izz jugak. last tukar masa kat LCCT, so about time la tukar pun.

kat baby center. kitorg bwk lapik tido izz so dpt la dia baring2.

lps dh lama lepak kat baby center, and dh ptg sikit, kitorg kluar round2 balik. xde la panas mcm tghari. time ni tgh tunggu utk naik merry go round.

siap jumpe member lg ye. org borak dgn dia, tgk org tu mcm paham je. hehe

muka izz sepanjang ride... x seronok ke?

hahaha... w/pun x sepanas tghari. still panas gak la. peluh2 izz & sibuk nk bgn dr stroller.

tgh tunggu nk tgk Shrek 4D show. izz tido.

sbb saya dh x larat mak take over. izz sambung tido. dr beratur smpi habis show, izz tido je. xpe la, yg penting dia x melalak.

ni dh pkl 6pm rasa nye ni. br izz nk duduk dlm stroller.

kipas wajib ada

on the way nk ke baby center balik. nk tukar diaper izz and rehat2.

izz layu

on the way ke baby center, lalu kat show steven spielberg tu. singgah la kejap.

muka izz x happy langsung. rupe2 nye persediaan nk melalak. ingatkan bole la dia diam or tido mcm masa shrek show tu, tgk2 dia melalak smpi kena panggil staff USS utk bukak exit utk kitorg keluar. terus la ke baby center lps tu.

dh rehat, tukar diaper semua... br la happy balik budak kecik tu.

then izz tido... lagi

adik2 beli souvenir. saya x beli apa pun. brg sama je mcm mana2 souvenir shop. masuk pun setakat nk aircond je. hehehe

time dinner kat changi airport

and yes, izz tido lg. the whole day dia tido kejap2 je. letih la tu.

comel nye muka

x rugi bwk lapik tido izz. mmg berguna for the trip. mak kata kat changi bleh la buat camni sbb airport ber carpet. kalau kat airport lain, even LCCT... kite nk duduk atas lantai pun xde selera.

secara keseluruhannya, trip ke USS mmg ok. cuma nye ramai org. komen dr adik2 & saleh: ingat pegi hari Isnin x ramai org, dpt la main byk and xyah tunggu lama2. tgk2 ramai je org. nk naik ride pun kena tunggu lama. dr segi food mmg best. tmpt jual food mmg bersepah & halal food pun senang nk carik. cuaca tu x dpt nk buat apa la kan. kat sana sama je mcm malaysia... panas gile. tp br panas dunia kan. hehehehe. yg kurang best lg 1... xde surau proper kat USS. tmpt nk solat ada la diorg provide bilik, tp nk ambik wuduk kena pegi toilet. nasib toilet sana very clean. just a bit far. in terms of the rides, kalau ko nk pegi Aly, beli la Universal Express Pass. ko akan dpt potong queue gile2 punye. harga tiket agak mahal la. tp dr tunggu mcm bodo, baik la byr je. pegi pun bkn every month kan. so pegi ye Aly. niadel dh besar... mesti seronok kalau korg gi sana. aku plak... pegi lg or not? yes definitely, but kena tunggu izz dh besar skit when he can really enjoy the rides.

nk tgk more photos of the trip? tunggu post dr saleh. xtau la bile dia free utk upload. bz manjang je lately ni.

and yes, sepanjang trip ke USS izz ber CD. xde la susah mana pun. cuma masa berak kat airport tu je la a bit leceh. sbb nk basuh the poop from CD. other than that ok je.

4 comments:

  1. ooowhh 1 day trip je. wah excited weh nak pegi. mmg boss aku ckp kalau nak pegi, u spend lebih sikit beli express pass tu. mmg rasa mahal tp tak rugi masa. banyak benda bole main. izz muka boring je. penat sgt kot. ko tak pakai carrier ke? cuaca panas tu mmg tak leh buat apa lg. tp pada aku better panas dari hujan. apa pun, mmg plan nak pegi sebulum habis tahun ni. insyaAllah. lepas raya kot. bulan 12 ke. AA plak tgh promotion tiket gi singapore rm4 1 way. tah ada lg ke tak tak tau la kan..

    ReplyDelete
  2. nk pakai carrier pun kesian wei. panas gile. sure x selesa

    ReplyDelete
  3. wahhhhh! izz dah sampai USS? bestnye :) jaja plan nak pegi year end nnt. sbb nak tunggu adam besar sket la jugak kisahnye. hehe. halal food senang eh kat sana? ada kwn jaja pegi, siap bawak bekal.

    ReplyDelete
  4. hehe. xyah berbekal. mmg senang carik halal food. each halal shop siap letak label besar2. i guess diorg kena buat mcm tu sbb pak arab bersepah kat sana.

    ReplyDelete